Jabatan Arah Rekod Dan Pencen
Urusan Pengesahan Tamat Perkhidmatan daripada ATM. Tempoh masa untuk urusan dokumentasi adalah selama 7 hari waktu berkerja. Tempat untuk melapor adalah di JRP, UGAT dan Sel Perumahan Kerajaan. Tarikh lazim melapor diri adalah 35 hari awal daripada tarikh TTP.
Pencen dan Ganjaran atau Gratuti adalah Faedah-Feadah Persaraan yang di awardkan kepada Anggota ATM yang telah menamatkan perkhidmatan 21 tahun perkhidmatan diakui. Pencen 60% adalah bagi anggota LLP ATM yang telah berkhidmat selama 25 tahun 3 bulan atau bersamaan dengan 302 bulan perkhidmatan diakui. Pembayaran Pencen dan Ganjaran atau Gratuti ini akan dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) atau selalu di sebut Cuti Luput adalah kelayakan jumlah cuti terkumpul yang tidak dapat dihabiskan sepanjang tempoh perkhidmatan. Baki terkumpul ini akan digantikan dengan wang tunai semasa tamat perkhidmatan. maksimum yang dibenarkan adalah 150 hari sahaja. Pembayaran Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) ini akan dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
Urusan Gaji Angkatan Tentera
Membuat pengesahan dengan wakil daripada LTAT di UGAT untuk memastikan segala dokumentasi serta no akaun yang diberikan adalah aktif.
Membuat semakan untuk memastikan Gaji Akhir mengikut pangkat yang terkini. Penting bagi memastikan tiada sebarang keraguan untuk kesilapan terhadap Gaji Akhir yang diterima. Gaji Akhir adalah penting bagi tujuan pengiraan faedah persaraan.
Melapor di Sel Cukai UGAT, bagi pengesahan penyelesaian cukai pendapatan.
Pinjaman Perumahan
Anggota ATM yang membeli rumah melalui Pinjaman Kerajaan . Membuat pengesahan jumlah potongan bulanan yang perlu dipotong melalui pencen.